Bonus Tabung Haji 5.5 peratus
Saturday, January 29, 2011
Pada majlis pengumuman prestasi kewangan TH yang cemerlang itu, agensi itu enggan mengulas lanjut mengenai kos mengerjakan haji walaupun terdapat kenaikan kos mengerjakan ibadat itu tahun demi tahun. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Ismee Ismail berkata, jika terdapat kenaikan kos, pihaknya akan memastikan peningkatan itu tidak akan membebankan bakal jemaah haji seperti yang pernah dijanjikan oleh kerajaan.
''Tunggulah, bila tiba masanya,'' kata beliau ketika ditanya sama ada TH telah menyerahkan permohonan kos baru untuk mengerjakan haji kepada kerajaan pada sidang akhbar ketika mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.
Menurut beliau, kos mengerjakan haji bergantung kepada dua komponen penting iaitu kos perumahan atau penginapan dan kos penerbangan.
''Buat masa ini kedua-dua kos itu telah meningkat sebanyak 80 hingga 82 peratus terutamanya membabitkan kos penginapan kerana Masjidil Haram sedang mengalami pembesaran.
''Ini menyebabkan ada jemaah haji yang terpaksa menginap jauh dari Masjidil Haram. Ia berkait dengan teori penawaran dan permintaan, jika apa yang ditawarkan sedikit, tetapi permintaan tinggi, maka kos meningkat,'' kata beliau.
0 comments:
Post a Comment