Memberikan Perkhidmatan Produk MAA Takaful Dan Jual Beli Emas Fizikal
Powered by Blogger.

Perlindungan Takaful dan Simpanan Emas

Perlindungan Takaful dan Simpanan Emas

Takaful kini sandaran MAAH

Tuesday, June 28, 2011

UTUSAN MALAYSIA 29 JUN 2011

KUALA LUMPUR 28 Jun - MAA Holdings Bhd. (MAAH) akan memberi tumpuan penuh kepada perniagaan takaful selepas ia menjual anak syarikatnya, Malaysian Assurance Alliance Bhd (MAA). kepada Zurich Insurance Co. Ltd. baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Tunku Datuk Yaacob Tunku Abdullah berkata, perniagaan takaful mempunyai prospek cerah untuk mencatatkan pertumbuhan positif dari segi sumbangan kasar.

"Perniagaan takaful setakat ini sangat bagus dan kami perlu memberi fokus kepadanya, ia lebih mudah kerana apa yang perlu dilakukan selepas menjual MAA adalah mengukuhkan perniagaan yang telah kami miliki selama ini," katanya di dalam sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu di sini hari ini.

Tunku Yaacob menjangkakan perkembangan positif itu dapat dilihat menjelang 2015.

"Takaful adalah perniagaan jangka panjang. Jika dilihat kepada saiz premium, ia adalah lebih rendah berbanding perniagaan insurans konvensional kerana berbeza dari segi kumpulan sosio-ekonomi, " katanya lagi.

Dalam pada itu, Tunku Yaacob berkata, MAAH juga mahu memberi tumpuan kepada syarikat pengurusan unit amanahnya, MAAKL Mutual.

Katanya, MAAKL Mutual merancang untuk menjalin usahasama dengan syarikat pengurusan unit amanah yang bersaiz kecil bagi mengukuhkan perniagaan namun masih belum menemui calon yang sesuai.

"Kami tidak mahu tergesa-gesa jadi tunggulah," katanya.

MAA telah menjual perniagaan terasnya kepada Zurich Insurance Co. Ltd pada harga RM344 juta yang mana urusniaga tersebut turut merangkumi kedua-dua sayap perniagaannya iaitu insurans am dan hayat.

Urusniaga itu juga melibatkan anak-anak syarikat bukan terasnya iaitu Multioto Services Sdn. Bhd., MAAGNET Systems Sdn. Bhd,, Malaysian Alliance Property Services Sdn. Bhd. dan MAAGNET-SSMS Sdn. Bhd.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP