Memberikan Perkhidmatan Produk MAA Takaful Dan Jual Beli Emas Fizikal
Powered by Blogger.

Perlindungan Takaful dan Simpanan Emas

Perlindungan Takaful dan Simpanan Emas

Bayar zakat dengan dirham

Thursday, August 18, 2011

SIHAR HARIAN 18/08/2011

http://www.sinarharian.com.my/sh/kelantan/content/story9439797.asp

TUMPAT – Penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham bukan sahaja dalam urusan jual beli, tetapi boleh digunakan untuk pembayaran zakat.

Seorang Aktivis dinar dan dirham, Yusof Abdul Rahman, 55, berkata, dia akan menggunakan dirham untuk membayar zakat fitrah pada 25 Ogos ini, sempena kempen kesedaran berzakat ‘Ayn dalam majlis pembayaran zakat dengan dinar dan dirham di Masjid Telipot Kota Bharu.

Yusof berkata, dia menukarkan wang tunai dengan dirham berwarna perak itu sebanyak empat keping dirham untuk membayar zakat dia sekeluarga seramai enam beranak.

“Sekeping dirham bernilai RM25 dan saya akan menggunakan dua keping dirham untuk membayar zakat nanti, kadar zakat fitrah di Kelantan tahun ini ialah RM7 seorang.

“Manakala selebihnya dirham itu saya akan simpan,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan dirham dalam pembayaran zakat kerana menyedari wang–wang kertas dalam edaran di seluruh dunia hari ini, sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi.

“Wang kertas nilainya hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas tersebut semata-mata, sedangkan dinar dan dirham nilainya berada pada sukatan berat timbangan logamnya,” katanya yang berasal dari Pasir Mas.

Kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan disempurnakan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ogos tahun lepas sebagai alternatif kepada mata wang sedia.

Peringkat permulaan penggunaan mata wang syariah tersebut, ia boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran di sekitar bandar Kota Bharu untuk transaksi perniagaan.

Menurut Nik Abdul Aziz, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang, dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan Bank Negara.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP