Bisnes Dunia: Amaran kelembapan ekonomi global
Friday, August 19, 2011
BERITA HARIAN 2011/08/20
Pasaran saham Asia terus dibelenggu masalah, bimbang masa depan bank Eropah
PASARAN saham Asia terus dipengaruhi aktiviti penjualan secara besar-besaran di peringkat global semalam selepas menerima amaran berhubung kelembapan ekonomi global serta kebimbangan akan masa depan bank di Eropah yang terdedah dengan masalah hutang kerajaan. Pelabur di Asia turut bimbang susulan keadaan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang terus menjunam. Tidak menghairan kita melihat pasaran di Asia merudum selepas kejatuhan semalam di pasaran AS dan Eropah. - Ben Potter, Penganalisis IG Markets Keresahan turut ditambah dengan kebimbangan kelembapan ekonomi akan turut melanda China, penggerak utama ekonomi dunia.
“Tidak menghairan kita melihat pasaran di Asia merudum selepas kejatuhan semalam di pasaran AS dan Eropah,” kata Penganalisis IG Markets, Ben Potter, di Australia.
“Berdasarkan pengalaman, situasi ini akan berlanjutan lebih lama daripada sepatutnya.”
Tokyo susut 2.51 peratus dengan indeks Nikkei susut 224.52 mata kepada 8,719.24.
Sydney jatuh 3.51 peratus. Penanda aras S&P/ASX 200 jatuh 149.3 mata kepada 4,101.9.
Seoul merudum 6.22 peratus menyaksikan KOSPI susut 115.70 mata kepada 1,744.88, manakala pasaran di Hong Kong jatuh 3.08 peratus dengan penanda aras Hang Seng turun 616.35 mata kepada 19,399.92.
Pada Khamis, Dow Jones Industrial Average susut 3.7 peratus, manakala S&P 500 merudum 4.5 peratus manakala Nasdaq Composite susut 5.2 peratus.
Harga minyak mentah juga jatuh berikutan peniaga bimbang kelembapan ekonomi akan melemahkan permintaan.
Kontrak utama New York, West Texas Intermediate ‘light sweet’ bagi penghantaran September, menjunam AS$1.42 kepada AS$80.96 setong pada dagangan petang Asia, manakala Brent North Sea bagi penghantaran Oktober jatuh 79 sen kepada AS$106.20.
Emas dan bon perbendaharaan AS dilihat sebagai pelaburan selamat.
Jongkong emas mencecah paras tertinggi baru ditutup pada rekod AS$1,862.00-AS$1,863.00 seaun. Ia mengakhiri dagangan Khamis pada AS$1,794.00-AS$1,795.00.
Di pasaran lain, Taipei susut 3.57 peratus, atau 272.01 mata, untuk ditutup pada to 7,342.96.
Wellington ditutup 0.56 peratus, 18.38 mata lebih rendah, kepada 3,267.84, dengan prestasi mantap ditunjukkan Telecom Corp. – AFP
0 comments:
Post a Comment